SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Feb 12, 2010

Majlis Bacaan Yassin Kali Kedua

Malam ini ada satu program di Surau Al Mutaqqin, VistaMSN. Ia merupakan kali kedua diadakan majlis membaca Surah Yasin, anjuran Jawatankuasa Surau selepas diadakan buat kali pertama pada minggu lepas. Majlis ini akan diteruskan pada setiap malam Jumaat sebagai satu usaha untuk mengimarahkan surau dan menghidupkan suasana malam Jumaat.

Selepas solat Maghrib berjemaah, Ustaz Mohd Hasnol telah menyampaikan sedikit tazkirah sebelum memimpin bacaan Yassin beramai-ramai. Turut serta ialah Jemaah dari Mesjid Seri Petaling yang telah bersama sejak sebelum Maghrib sehinggalah selesai solat Isya.

Selesai solat Isya' pula, satu muzakarah ringkas telah disampaikan oleh salah seorang daripada jemaah dari Mesjid Seri Petaling yang telah membicarakan tentang kebesaran Allah SWT dan rahmat yang disediakanNya kepada umat Muhammad S.A.W sebagai umat di akhir zaman.

Adalah diharapkan di minggu-minggu akan datang lebih ramai penghuni Vista turut serta menghidupkan Malam Jumaat dengan amal ibadah untuk memohon keredhaan dan keberkatan dariNya.

1 comment:

Mohammad Hasnol Bin Haji Abu Bakar said...

Ku selalu berdoa agar semua aktiviti keagaamaan di seluruh dunia berjaya dan membawa rahmah kepada warga yang menjayakannya..ameen