Baru sahaja balik dari Surau Al Mutaqqin, Vista MSN kerana menghadiri satu program pengkisahan Nabi Muhammad S.A.W yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Vista dengan kerjasama Jawatankuasa Surau.
Penyertaan adalah daripada anak-anak penghuni dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu mereka yang berusia 11-12 tahun dan 10 tahun ke bawah. Seramai 6 orang peserta telah mengambil bahagian (3 untuk setiap kategori).
Walaupun majlis berjaya dan diadakan secara sederhana, tetapi penyertaan anak-anak agak mengeciwakan kerana kurang sambutan. Program ini yang bertujuan untuk melatih anak-anak menghayati kisah hidup dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W sewajarnya mendapat sokongan daripada ibu bapa. Disamping itu ia juga untuk melatih anak-anak memberanikan diri untuk berdiri di khalayak dan berpidato. Pemimpin yang hebat adalah hebat juga pidatonya dan latihan ini perlu di tanam di zaman kanak-kanak lagi.
Hadfiah kepada pemenang akan disampaikan pada malam sambutan Maulid ur Rasul peringkat Vista MSN yang akan diadakan di Surau Al Mutaqqin pada 29 Mac 2010 dan dijangka diharik oleh YGhg. Dato' Ketua Pengarah MSN.