SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Jan 28, 2010

Mesyuarat JK Vista Bil 01/2010

Biro Pendidikan akan menganjurkan peraduan mencipta logo VistaMSN untuk mengujudkan satu identiti tersendiri tanpa menjejaskan nama Majlis Sukan Negara. Kelulusan untuk menganjurkan peraduan ini telah diperolehi dalam mesyuarat Jawatankuasa Vista yang diadakan pada 26 Januari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat di Tingkat 2 Blok B. Di samping peraduan mencipta logo, Biro Pendidikan juga akan menganjurkan satu pertandingan azan untuk anak-anak Vista. Maklumat lanjut akan dikeluarkan kelak.

Butiran dan maklumat lanjut akan dikeluarkan dan mereka yang berbakat bolehlah menghantar karya masing-masing kelak.

Hadiah lumayan juga disediakan kepada pemenang nanti.

Jawatankuasa juga telah membuat beberapa keputusan untuk kesejahteraan penghuni Vista.

Satu aktiviti Gotong Royong dicadangkan akan diadakan pada 20 Februari 2010 untuk membersihkan Dewan di Blok A dan juga kawasan persekitaran. Adalah didapati masalah kebersihan telah terabai sejak kali terakhir aktiviti seperti ini dilaksanakan.

Surau Al Mutaqqin akan didaftarkan dengan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI). Permohonan pendaftaran sudah dikemukakan dan kini sedang menunggu keputusan dari pihak JAWI.

Kenderaan anak-anak ke sekolah. Jawatankuasa telah mengambil maklum tentang jadual bas untuk anak-anak ke sekolah, khususnya untuk ke sekolah agama di Seri Petaling. Biro yang bertanggungjawab akan berbincang dengan penyedia perkhidmatan bas berkenaan untuk menyelaraskan jadual perjalanan bas khususnya pada waktu tengahari kerana pada masa ini kelewatan bas menghantar balik anak-anak yang belajar sesi pagi di Sekolah Agama di Seri Petaling menimbulkan masalah untuk mereka bersedia ke Sekolah Kebangsaan di sebelah petang.

Mesyuarat juga telah memohon kerjasama daripada ibu bapa yang mana anak mereka menggunakan perkhidmatan bas untuk ke sekolah agama, menjelaskan tambang yang dikenakan pada waktu yang ditetapkan untuk tidak mebimbulkan masalah pihak yang mengurus perkhidmatan itu. Adalah didapati ada ketikanya Ahli Jawatankuasa yang menguruskan kenderaan tersebut terpaksa mendahulukan duit poket sendiri untuk menjelaskan bayaran kepada pengendali perkhidmatan bas sekolah tersebut.

Sementara itu mesyuarat juga telah dimaklumkan bahawa ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas MSN untuk ke sekolah rendah dan menengah di sesi pagi dan petang wajar berterima kasih dan menghargai apa yang diberikan oleh pihak MSN terutama sekali YBhg. Datuk Ketua Pengarah. Seorang pemandu (bas) telah dikhususkan untuk urusan menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah secara percuma. Ibu bapa yang menghuni di vista hendaklah bersyukur atas kemudahan ini dan sebagai balasan atas pemberian itu juga sepatutnya memberikan komitmen yang lebih terhadap tugas di Majlis di samping menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di vista. Lebih-lebih lagi penglibatan di dalam sebarang aktiviti di Majlis akan diambilkira untuk tujuan pembaharuan kontrak menghuni di vista kelak.

Satu lagi perkara yang dibincangkan ialah mengenai adanya pelawat yang meletakkan kereta di dalam bangunan dan menganggu pergerakan kenderaan lain. Jawatankuasa telah memohon agar penghuni yang menerima kunjungan pelawat khususnya untuk bermalam di Vista, agar meletakkan kenderaan di tempat meletak kenderaan yang dikhaskan bersebelahan dengan Blok A. Di samping itu juga ada kenderaan yang diletakkan di tempat yang tidak dikhaskan atau dibenarkan untuk meletak kenderaan. Sekiranya ada penghuni yang memilikki lebih dari satu kenderaan diminta memohon tempat meletak kereta tambahan (jika ada kekosongan) dengan dikenakan sedikit bayaran untuk dimasukkan ke tabung Vista. Adalah dipohon kerjasama daripada pemilik kenderaan yang berkenaan untuk keselesaan bersama.