Setiap tahun ibadah Qurban di Vista MSN adalah acara tahunan. Majlis ini adalah untuk meraikan Hari Raya aidil Adha disamping beribadah kepada Allah SWT untuk mengsyukuri kebesaran dan rezeki yang diberikanNya kepada hamba-hambanya.
Di Vista MSN penduduk telah mengadakan majlis tersebut pada 20 November 2010 bertempat di perkarangan Vista dengan mengorbankan tiga ekor lembu. Ibadah Qurban ini dilaksanakan oleh penghuni yang juga kakitangan Majlis Sukan Negara.
Apa yang menarik tentang aktiviti tahunan ini ialah semangat kerjasama dan muhibbah yang ditunjukkan oleh penghuni sejak dari persiapan lagi. Penduduk telah bergotong royong membuat persediaan seminggu sebelum hari Raya Aidil Adha lagi dengan menyediakan lubang-lubang untuk menyembelih Qurban dan juga untuk membuang tulang serta sisa-sisa Qurban. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Itulah falsafah yang telah menjadi pegangan kepada seluruh penghuni sejak mendiami perumahan yang disediakan oleh pihak Pengurusan Majlis Sukan Negara pada tahun 2002. Ni ha….. Yang cekak pinggang tu mandor ke? Eh, mana yang lain? Depa segan….Malu-malu kucing…………..Takut nanti tak photogenic………….
Pada pagi 20 November penghuni turun beramai-ramai untuk memeriahkan majlis. Yang ditugaskan sebagai kepala lembu……Oopsssss, maksudnya Ketua kumpulan untuk melapah bersedia dengan ahli-ahlinya. Petugas di dapur sibuk pula menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Kanak-kanak begitu excited nak tunggu lembu ditumbangkan dan disembelih. Yang dok berkumpul dan bersembang pun ada juga la. Biasalah. Gotong royong katakan. Tapi suasananya dapat diujudkan. Jalinan tali Silatulrahim dapat dieratkan. Memang meriah suasana sekitar perkarangan Vista MSN pada pagi itu. Dengan iringan laungan takbir memuji kebesaran Allah, seekor demi seekor lembu diQurban dan dalam masa tidak sampai dua jam ketiga-tiga lembu selesai dilapah dan siang.
Bab cuci perut ni bagilah kat Tn Hj. zainal ni. Tu yang duduk tu Chef yang menyediakan Sup Tulang Singapore untuk jamuan di majlis itu. Tengok tu, Tengan dok jampai apa tu…………………
Daging yang siap dilapah diagih-agihkan untuk sedekah. Sebahagian pula untuk dimasak. Ha….tulang untuk buat sup. Kesian orang yang bertungkus lumus pada pagi itu.
Kerja-kerja juga, perut pun kena isi. Kalau tak kurang tenaga beb…………Terpaksa makan tulang saja………….. Apa boleh buat.
Disamping daging Qurban diagih-agihkan kepada penghuni, sebahagian juga telah disedekahkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Darul Taqwa di Sungai Besi dan satu lagi ialah Rumah Kebajikan Baitul Hidayah di Puchong.
Semoga Ibadah Qurban yang dilaksanakan oleh peserta pada tahun ini diterima Allah dan diberikan ganjaran di dunia dan juga di akhirat. Amin!!