SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Mar 11, 2010

Pertandingan Azan

Jawatankuasa Surau Al Mutaqqin VistaMSN telah menganjurkan satu pertandingan azan untuk anak-anak penghuni vista pada 9 Mac 2010. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu anak-anak berusia 8 hingga 12 tahun dan kategori 13 hingga 15 tahun.

Pertandingan dihakimi oleh dua orang penilai jemputan iaitu Ustaz Khairi dari Mesjid Seri Petaling dan Ustaz Dahalan dari Unit Hal Ehwal Islam MSN.

Sambutan mengalakkan khususnya dari kategori anak-anak berusia 8-12 tahun.

Pertandingan ini telah berjaya mengenalpasti bakat anak-anak untuk mengazan dan boleh diketengahkan sebagai bilal setiap kali masuk waktu sembahyang.

Nama pemenang telah diumumkan sementara hadiah akan disampaikan semasa sambutan Maulid Ur Rasul Peringkat VistaMSN yang akan diadakan pada 12 Mac 2010, Insyaallah.