SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Jun 8, 2010

Mencari Arah Kiblat Menggunakan Google Map


Ini merupakan satu aplikasi dari internet untuk mencari arah kiblat di mana sahaja kita berada. URL untuk applikasi ini ialah Qibla Locator.

Aplikasi ini boleh juga diletakkan pada laman web atau blog dan saya akan usahakan untuk letakkannya di blog ini untuk rujukan pembaca ketika musafir kelak.

Setelah membaca posting ini sebarkan kepada rakan-rakan bagi membantu mereka mencari arah kiblat dengan tepat berdasarkan lokasi mereka berada. Garis merah pada peta itu adalah tetap. Apa yang perlu dibuat ialah dengan klik dan ubah peta serta letakkan tanda + pada lokasi yang berkenaan. Sdr juga boleh mencari sesuatu tempat dengan lebih pantas dengan memasukkan alamat lokasi, zipcode (poskod), negara atau latitude.

Seperti juga peta google, peta ini boleh diubah kepada terrain, map, hybrid, google dan satellite.

Selamat mencuba.

http://www.qiblalocator.com/?latitude=3.0510&longitude=101.6964&zoom=16