SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

May 9, 2010

Mesyuarat JK Vista Bil 02/2010

Mesyuarat seperti di atas telah diadakan pada 4 Mei 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat sebelah Surau Al Mutaqqin. 

Perkara-perkara yang dibincang:
Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa Surau Al Mutaqqin telah diterima pendaftarannya dengan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dan surau kita tertakluk di bawah Mesjid Muqarabbin, Bandar Tasik Selatan.

Jawatankuasa telah memilih logo VistaMSN yang telah dihasilkan oleh beberapa orang peserta di kalangan warga Vista. Penganjur telah menerima sebanyak 24 ciptaan. Pemenang hadiah utama akan diumumkan tidak lam lagi. 

Program Surau
Setiap malam Jumaat diadakan majlis bacaan Yasin selepas Maghrib dan Pada hari Jumaat Malam pula kelas pengajian yang terdiri dari topik berbeza setiap minggu. Kelas Tajwid untuk kaum ibu pula diadalah pada setiap malam hari Isnin pertama dan ketiga setiap bulan. 

Jawatankuasa telah mengadakan kutipan sumbangan untuk aktiviti bacaan Yasin dan kelas pengajian. Jawatankuas juga telah mengatur jadual giliran bertugas mengikut unit rumah. Adalah dimaklumkan bahawa giliran tersebut bukan sekadar menyediakan makanan tetapi termasuk juga urusan dan persiapan di surau seperti menyediakan jamuan dan mengemas kembali peralatan sepelas selesai aktiviti. 

Skim Insurans Khairat Kematian untuk semua penghuni telah dibuat dengan Takaful Malaysia dan berkuatkuasa daripada 1 Februari 2010 hingga 31 Januari 2011. 

Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa masih lagi terdapat kenderaan-kenderaan yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya di dalam bangunan dan menganggu kenderaan lain. Jawatankuasa berharap amalan ini dapat dihentikan. Disamping itu ada juga pelawat yang turut meletak kenderaan di dalam bangunan dan menghalang kenderaan penghuni lain. 

Lain-lain perkara yang dibincangkan
Ada penghuni yang tidak membuang sampah di tempat yang dikhususkan di tempat pembuangan sampah.
Kebersihan di dalam lif kadang-kadang tidak memuaskan kerana segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab. 
Penghuni hendaklah lebih berhati-hati dengan perkara berkaitan keselamatan seperti kecurian-kecurian yang berlaku dari semasa ke semasa.