SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Aug 23, 2009

Portal Seri Petaling

Bagi kita penghuni Vista, bandar terdekat ialah Seri Petaling. Sewaktu hendak update salah satu blog saya, terjumpa website tentang Seri Petaling. Untuk melawat portal tersebut Klik SINI.

Portal ini memuatkan berbagai maklumat yang kita sama-sama boleh menfaatkan seperti peta Bandar Baru Seri Petaling, Direktori Seri Petaling.

Aug 22, 2009

Malam Pertama

Malam ini merupakan malam pertama menjelang 1 Ramadhan. Maka menjelang 1 Ramadhan itu, solat sunat tarawikh bagi malam pertama sudah bermula . Surau Al Mutaqqin di Vista MSN menjadi tumpuan untuk ibadah ini di kalangan penghuni dan solat sunat tarawih telah diimamkan oleh dua orang Imam Tahfiz dari Mesjid Seri Petaling.

Macam biasalah, ni baru malam pertama sudah pasti jemaah ramai sebab semua excited nak sambut Ramadhan. Lagi pun keletihan berpuasa masih tidak terasa, jadi tidak jadi masalahlah untuk datang ke surau.

Aug 21, 2009

PANDUAN PENGGUNAAN KOMPUTER

Berikut merupakan beberapa panduan cara/postur yang betul semasa menggunakan komputer.
Gambar 1 : Posisi yang betul kedudukan lampu di hadapan komputer

Gambar 2 : Posisi yang digalakkan bagi kedudukan siku

Gambar 3 : Posisi tangan pada papan kekunci

Gambar 4 : Cara betul memegang tetikus

Gambar 5 : Cara membetulkan ketinggian kerusi untuk berdepan dengan komputer

MENYAMBUT RAMADHAN DI VISTA

Diucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarrak kepada semua penghuni vista dan warga MSN/ISN yang beragama Islam khususnya dan umat Islam di mana sahaja berada amnya. Semoga kedatangan bulan yang barakah ini akan meningkatkan keimanan kita masing-masng dan segala ibadah diterima Allah.

Sebagai menyambut bulan Ramadhan, Surau Al Mutaqqin, VistaMSN akan menganjurkan beberapa aktiviti bagi memeriahkan bulan ini.

Seperti selalunya solat sunat tarawikh akan diadakan di surau pada setiap malam dan akan diimamkan oleh pelajar Tahfiz dari Mesjid Seri Petaling. Adalah dijangkan juga Iman II Mesjid Seri Petaling juga akan turut bersembahyang tarawikh bersama jemaah di Surau Al Mutaqqin.

Penduduk Vista yang ingin menjemput Imam Tahfiz tersebut berbuka puasa di rumah masing-masing, bolehlah menghubungi Jawatankuasa Surau untuk memaklumkannya.

Selain dari sembahyang sunat tarawikh, program tadarus, Qiamulail dan beberapa aktiviti keagamaan lain akan juga diadakan.

Aug 12, 2009

Perjumpaan Penghuni Siri 1/2009

Jawatankuasa Vista telah mengadakan satu perjumpaan pada 11 Ogos 2009 bertempat di Surau Al-Mutaqqin. Tujuan perjumpaan ialah sebagai sesi kenal mengenal antara penghuni dan Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik. Dalam perjumpaan tersebut juga semua pengerusi Biro telah membentangkan aktiviti masing-masing sehingga bulan Disember 2009.

Peghulu vista telah memberi penerangan secara panjang lebar tentang betapa pentingnya semua penghuni menjalinkan tali silatulrahim agar semua dapat tinggal dengan suasana yang harmoni. Beliau berharap semua penghuni akan dapat bekerjasama untuk menjadikan vista lebih ceria dengan menghadiri seberapa boleh, semua aktiviti yang dirancang dari semasa ke semasa.

Salam Pengenalan Dari Biro Pendidikan

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Blog ini diujudkan oleh Biro Pendidikan sebagai satu wadah untuk berkomunikasi di kalangan penghuni Vista MSN, Kuala Lumpur.
Adalah diharapkan semua penghuni Vista MSN akan memanfaatkan blog ini untuk tujuan kebaikan seperti mencari maklumat dan info yang ada hubungkait dengan komuniti vistaMSN dan juga untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada Jawatankuasa Penduduk Vista.

Saya selaku Pengerusi Biro Pendidikan akan sering memantau blog ini dan sekiranya sesiapa ingin menyampaikan sesuatu bolehlah meletakkan maklumat anda diruangan komen.