SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Jul 17, 2010

Demo Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Api adalah salah satu anugerah daripada Allah untuk membantu menjadikan hidup kita lebih sempurna dan selesa. Kita selalu mengatakan api bila kecil menjadi kawan tetapi apabila besar ia akan menjadi lawan. Api juga membantu kita menjalankan aktiviti seharian seperti memasak makanan untuk memberikan kita santapan yang lazat. Namun apabila besar ia boleh menjadi satu bencana yang boleh memusnahkan harta benda dan nyawa.

Mengambil iktibar api apabila besar boleh membawa bencana, maka Jawatankuasa Penduduk telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu demo oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membolehkan para penghuni mendapat ilmu tentang cara-cara mencegah dan mengawal kebakaran domestik.

Atas: Demo bagaimana memadamkan api dari hos gas memasak. Cara pertama ialah dengan meletakkan ibu jari ke hujung hos untuk memutuskan aliran gas. Api berada lebih kurang 1 inci cari hujung hos kerana tekanan gas. Oleh itu api tidak mencederakan jari. Cara kedua ialah dengan melihat hos untuk memutuskan bekalan gas dan cara ketiga ialah dengan mencabut regulator dari tong gas.

Dua gambar di atas: Latihan memadamkan api menggunakan dry powder.

Demo tersebut diadakan di perkarangan Vista oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bukit Jalil, diketuai oleh En. Khairul yang telah memberikan penerangan dan maklumat-maklumat keselamatan berkaitan dengan api. Disamping taklimat dan penerangan, penghuni juga ditunjukkan dengan paraktikal pemadaman api di mana beberapa orang penghuni juga turut mengalami sendiri cara-cara memadam api menggunakan apat pemadam api Dry Powder.

Semasa memberi penerangan dan taklimat En. Khairul juga mengesyurkan perlunya ditubuhkan Pasukan Kawalan Kebakaran di setiap tingkat dan individu yang terlibat akan bertindak sebagai Ketua jika berlaku apa-apa kebakaran di tingkat berkenaan serta langkah awal dan sepat boleh diambil untuk mengawal api dari merebak.

VistaMSN juga dimaklumkan adalah merupakan kediaman kerajaan yang pertama di kawasan Bukit Jalil yang menganjurkan demonstrasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Walau apa pun satu nasihat yang paling utama ialah JANGAN PANIK dan jika perlu hubungi 999.
Gambar berikut dari lensa Cikgu harun Osman. Lagi Foto DI SINI.

Jul 14, 2010

MATAFIS 2010

Penghuni VistaMSN berpeluang sekali lagi tahun ini untuk meraikan Isra' dan Mikraj peringkat Majlis Sukan Negara kerana program itu akan dianjurkan di perkarangan vista dan Surau Al Mutaqqin.

Jawatankuasa penganjur telah menetapkan untuk menganjurkan majlis tersebut di vista sekali tahun ini memandangkan terdapat kemudahan dan kerjasama Jawatankuasa Penduduk, Jawatankuasa Surau dan juga warga vista sebelum ini. Ia merupakan satu penghormatan kepada seluruh warga vista kerana Isra' dan Mikraj adalah antara peristiwa yang penting dalam Islam di mana junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W telah diberikan satu amanah yang amat besar untuk dianugerahkan kepada penganut agama suci ini iaitu sembahyang. Sembahyang lima waktu sehari semalam merupakan amanat yang paling istemewa di antara ibadah-ibadah dalam Islam kerana ia diberikan secara langsung oleh Allah kepada Nabi Muhammad dan ia juga merupakan amalan yang pertama sekali ditanya di akhirat nanti.

Apa dia MATAFIS.
Ia bermaksud Majlis Tahlil Arwah dan Forum Isra'

Aktiviti ini akan diisi dengan Tahlil arwah untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT terhadap sanak saudara kakitangan MSN yang telah kembali ke rahmatullah, Qiamulail dan juga Kuliah Suboh. Apa yang menarik pada tahun ini ialah satu forum yang membincangkan tentang dilemma umat Islam di bumi Palestin yang telah dirampas oleh zionis Yahudi. Aqsa Menangisi Gaza Meratapi.

MATAFIS 2010 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 23 dan 24 Julai 2010
Tempat : Majlis Tahlil Arwah, Qiamullail dan Kuliah Suboh di Surau Al Mutaqqin
Forum Isra' di perkarangan VistaMSN.

Forum Isra' akan membincang tajuk Aqsa Menangisi Gaza Meratapi.

Disamping mendengar pengalaman sukarelawan yang telah bersama dalam misi Lifeline4Gaza, satu tabung derma untuk Gaza juga akan dilancarkan pada malam yang sama.

Semua warga vistaMSN dijemput hadir kerana kita adalah tuan rumah. Takkan orang datang rumah kita, kita pula menghilangkan diri kan? Ada jamuan makan malam tau lepas sembahyang Isya'

Jul 9, 2010

DEMO OLEH JABATAN BOMBA

Penghuni Vista akan berpeluang mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil ketika berlaku kecemasan domestik. Jabatan Bomba akan berkunjung ke perkarangan VistaMSN pada 17 Julai 2010 untuk memberikan satu demonstrasi mencegah kebakaran dan langkah-langkah lain yang boleh diambil oleh kita ketika berlakunya kecemasan.

Jomlah kita ambik kesempatan untuk bersama-sama meraikan tetamu kita ini disamping mempelajari ilmu-ilmu yang jarang-jarang kita berpeluang pelajari. Sesiapa yg nak test memadam api secara praktik nilah masanya dan bukan sekadar bermain dengan alat pemadam api semata-mata untuk suka-suka. Tu merosakkan kemudahan awam, macam tu.

Apakah surprise yang akan Jabatan Bomba bawa kepada kita? Nak tahu mailah nanti. Hari Sabtu........sekolah cuti.....pejabat tutup.......jomlah isi dengan aktiviti yang berfaedah. Sebelum terlupa, penghuni bolehlah tumpang buat kenduri pagi tu. Makanan boleh disediakan mengikut kemampuan. Janganlah banyak.....ramai nak sedekah nanti tu sempena nak sambut bulan Ramadhan.......Macam biasalah.....kita sedia makan secara potluck.
Okla.....sebelum tu ingat!!!! Api ni kecik jadi kawan kita, bila dia dah besar dia jadi lawan kita dan di akhirat nanti.............hmmmmmmmm..........