SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Jul 17, 2010

Demo Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Api adalah salah satu anugerah daripada Allah untuk membantu menjadikan hidup kita lebih sempurna dan selesa. Kita selalu mengatakan api bila kecil menjadi kawan tetapi apabila besar ia akan menjadi lawan. Api juga membantu kita menjalankan aktiviti seharian seperti memasak makanan untuk memberikan kita santapan yang lazat. Namun apabila besar ia boleh menjadi satu bencana yang boleh memusnahkan harta benda dan nyawa.

Mengambil iktibar api apabila besar boleh membawa bencana, maka Jawatankuasa Penduduk telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu demo oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membolehkan para penghuni mendapat ilmu tentang cara-cara mencegah dan mengawal kebakaran domestik.

Atas: Demo bagaimana memadamkan api dari hos gas memasak. Cara pertama ialah dengan meletakkan ibu jari ke hujung hos untuk memutuskan aliran gas. Api berada lebih kurang 1 inci cari hujung hos kerana tekanan gas. Oleh itu api tidak mencederakan jari. Cara kedua ialah dengan melihat hos untuk memutuskan bekalan gas dan cara ketiga ialah dengan mencabut regulator dari tong gas.

Dua gambar di atas: Latihan memadamkan api menggunakan dry powder.

Demo tersebut diadakan di perkarangan Vista oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bukit Jalil, diketuai oleh En. Khairul yang telah memberikan penerangan dan maklumat-maklumat keselamatan berkaitan dengan api. Disamping taklimat dan penerangan, penghuni juga ditunjukkan dengan paraktikal pemadaman api di mana beberapa orang penghuni juga turut mengalami sendiri cara-cara memadam api menggunakan apat pemadam api Dry Powder.

Semasa memberi penerangan dan taklimat En. Khairul juga mengesyurkan perlunya ditubuhkan Pasukan Kawalan Kebakaran di setiap tingkat dan individu yang terlibat akan bertindak sebagai Ketua jika berlaku apa-apa kebakaran di tingkat berkenaan serta langkah awal dan sepat boleh diambil untuk mengawal api dari merebak.

VistaMSN juga dimaklumkan adalah merupakan kediaman kerajaan yang pertama di kawasan Bukit Jalil yang menganjurkan demonstrasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Walau apa pun satu nasihat yang paling utama ialah JANGAN PANIK dan jika perlu hubungi 999.
Gambar berikut dari lensa Cikgu harun Osman. Lagi Foto DI SINI.

No comments: