SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Jul 14, 2010

MATAFIS 2010

Penghuni VistaMSN berpeluang sekali lagi tahun ini untuk meraikan Isra' dan Mikraj peringkat Majlis Sukan Negara kerana program itu akan dianjurkan di perkarangan vista dan Surau Al Mutaqqin.

Jawatankuasa penganjur telah menetapkan untuk menganjurkan majlis tersebut di vista sekali tahun ini memandangkan terdapat kemudahan dan kerjasama Jawatankuasa Penduduk, Jawatankuasa Surau dan juga warga vista sebelum ini. Ia merupakan satu penghormatan kepada seluruh warga vista kerana Isra' dan Mikraj adalah antara peristiwa yang penting dalam Islam di mana junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W telah diberikan satu amanah yang amat besar untuk dianugerahkan kepada penganut agama suci ini iaitu sembahyang. Sembahyang lima waktu sehari semalam merupakan amanat yang paling istemewa di antara ibadah-ibadah dalam Islam kerana ia diberikan secara langsung oleh Allah kepada Nabi Muhammad dan ia juga merupakan amalan yang pertama sekali ditanya di akhirat nanti.

Apa dia MATAFIS.
Ia bermaksud Majlis Tahlil Arwah dan Forum Isra'

Aktiviti ini akan diisi dengan Tahlil arwah untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT terhadap sanak saudara kakitangan MSN yang telah kembali ke rahmatullah, Qiamulail dan juga Kuliah Suboh. Apa yang menarik pada tahun ini ialah satu forum yang membincangkan tentang dilemma umat Islam di bumi Palestin yang telah dirampas oleh zionis Yahudi. Aqsa Menangisi Gaza Meratapi.

MATAFIS 2010 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 23 dan 24 Julai 2010
Tempat : Majlis Tahlil Arwah, Qiamullail dan Kuliah Suboh di Surau Al Mutaqqin
Forum Isra' di perkarangan VistaMSN.

Forum Isra' akan membincang tajuk Aqsa Menangisi Gaza Meratapi.

Disamping mendengar pengalaman sukarelawan yang telah bersama dalam misi Lifeline4Gaza, satu tabung derma untuk Gaza juga akan dilancarkan pada malam yang sama.

Semua warga vistaMSN dijemput hadir kerana kita adalah tuan rumah. Takkan orang datang rumah kita, kita pula menghilangkan diri kan? Ada jamuan makan malam tau lepas sembahyang Isya'

No comments: