SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Feb 26, 2010

12 Rabi-ul Awal 1431 Bersamaan 26 Feb 2010 = Maulid Ur Rasul

Hari ini adalah cuti umum sempena hari keputeraan junjungan besar kita Muhammad S.A.W.

Malam tadi bertempat di Dewan Komanwel diadakan majlis Sambutan Maulidur rasul peringkat atlet. Program tersebut dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam Majlis Sukan Negara (UHEI) dengan sembahyang Maghrib berjemaah diikuti dengan salawat ke atas nabi. Satu ceramah bertajuk Keajaiban Rasulullah juga telah disampaikan oleh Dr Azhar Hj. Sarip yang telah mengupas tentang lifestyle Rasulullah dan bagaimana kita umat Islam boleh menirunya untuk kejayaan hidup kita di dunia ini.

Dr Azhar telah membuka minda hadirin untuk merenung mengapa Allah memilih Muhammad sebagai rasul akhir zaman dan di kalangan orang yang susah dan buta huruf. Beliau kemudian mengaitkan perjalanan hidup nabi yang bermula sebagai gembala kambing, kemudian seorang peniaga dan seterusnya menjadi pemimpin. Umat Islam harus mengambil iktibar mengapa Allah menjadikan Muhammad itu sebagai pengembala kambing dan tidak pengembala unta atau lembu dan mengapa Allah memilih pekerjaan itu kepada kekasihNya. Sebenarnya ceramah yang walaupun isinya ringan tetapi mempunyai maksud tersirat yang amat dalam yang harus direnungi dan praktikkan oleh para atlet khususnya dan keseluruhan umat Islam amnya.

Selepas selesai ceramah dilanjutkan dengan sembahyang Isya' berjemaah dan diikuti dengan sembahyang hajat yang diimamkan oleh Ustaz Imran Nasuha.

Feb 20, 2010

Kuliah Agama - Ilmu Faraid

Satu topik baru diperbincangkan dalam kelas agama di Surau Al Mutaqqin, VistaMSN. Penceramah yang diundang ialah Ustaz Anuar bin Ramli dari Sekolah Tahfiz Mesjid Seri Petaling.
Perbincangan kali pertama ini merupakan mukadimmah dan Insyaallah akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana Ilmu Faraid adalah telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk dipelajari dan kemudiannya diajar pula kepada orang lain.

Masalah yang berkaitan dengan harta peninggalan si mati adalah merupakan antara perkara-perkara yang boleh membawa perpecahan di kalangan sanak saudara, maka sebab itulah umat Islam digalakkan untuk kembali kepada perintah Allah tentang kaedah agihannya dan ia disebut di dalam Al Quran; Surah An Nisa Ayat 11,12 dan 176.

Hadirin juga dimaklumkan bahawa antara alamat-alamat kiamat ialah ilmu Allah akan diangkat dari bumi dan Ilmu Faraid ini merupakan ilmu yang pertama diangkat.
Rujukan
Sistem Maklumat Faraid - Contoh pengiraan dalam masalah Faraid

Untuk membuat carian di internet taip saja perkataan faraid. di dalam URL

Feb 12, 2010

Majlis Bacaan Yassin Kali Kedua

Malam ini ada satu program di Surau Al Mutaqqin, VistaMSN. Ia merupakan kali kedua diadakan majlis membaca Surah Yasin, anjuran Jawatankuasa Surau selepas diadakan buat kali pertama pada minggu lepas. Majlis ini akan diteruskan pada setiap malam Jumaat sebagai satu usaha untuk mengimarahkan surau dan menghidupkan suasana malam Jumaat.

Selepas solat Maghrib berjemaah, Ustaz Mohd Hasnol telah menyampaikan sedikit tazkirah sebelum memimpin bacaan Yassin beramai-ramai. Turut serta ialah Jemaah dari Mesjid Seri Petaling yang telah bersama sejak sebelum Maghrib sehinggalah selesai solat Isya.

Selesai solat Isya' pula, satu muzakarah ringkas telah disampaikan oleh salah seorang daripada jemaah dari Mesjid Seri Petaling yang telah membicarakan tentang kebesaran Allah SWT dan rahmat yang disediakanNya kepada umat Muhammad S.A.W sebagai umat di akhir zaman.

Adalah diharapkan di minggu-minggu akan datang lebih ramai penghuni Vista turut serta menghidupkan Malam Jumaat dengan amal ibadah untuk memohon keredhaan dan keberkatan dariNya.

Feb 11, 2010

Pertandingan Mencipta Logo Vista MSN

Jawatankuasa Vista MSN akan menganjurkan satu peraduan merekacipta logo vista MSN yang terbuka kepada semua warga VistaMSN

A. OBJEKTIF

Mengujudkan identiti tersendiri tanpa menghilangkan identiti Majlis Sukan Negara Malaysia.

B. TERMA & SYARAT

1. Peraduan ini dibuka kepada semua penghuni Vista MSN tanpa mengira usia dan jantina.

2. Peserta boleh menghantar beberapa ciptaan tetapi hanya boleh memenangi SATU hadiah sahaja.

3. Logo yang dicipta hendaklah boleh membawa maksud:

a. Muhibbah dan Bersatu padu

b. Kerjasama

c. Kemajuan

d. Keharmonian dan kesejahteraan

4. Setiap ciptaan WAJIB mengandungi warna oren dan boleh menggunakan maksima 3 warna lain. Bagi melambangkan identiti Majlis Sukan Negara., Logo resmi Majlis Sukan Negara boleh dijadikan sebagai sebahagian motif ciptaan tetapi tidak wajib.

5. Setiap rekabentuk hendaklah asli dan tidak berdasarkan pada mana-mana rekabentuk atau seakan-akan mana-mana rekabentuk yang sedia ada kecuali logo Majlis Sukan Negara. Peserta peraduan adalah bertanggungjawab penuh terhadap hasil rekaciptanya.

6. Perkataan yang WAJIB dimasukkan ialah Vista MSN, MAJLIS SUKAN NEGARA dan 2002.

7. Satu Panel penilai akan dilantik untuk memilih pemenang. Keputusan panel ini adalah muktamad. Sebarang bantahan sama ada dalam bentuk lisan, elektronik dan bertulis tidak akan dilayan.

8. Logo yang memenangi tempat pertama akan digunakan sebagai logo resmi vista. Semua logo yang dihantar akan menjadi HAK MILIK Jawatankuasa Induk Vista dan bolh digunakan untuk sebarang tujuan resmi.

9. JK Induk Vista berhak untuk mengubahsuai logo yang menang untuk memperbaiki maksud dan objektifnya.

C. HADIAH

PERTAMA : RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja)

Hadiah Saguhati bagi 10 rekacipta terbaik selepas itu.

BORANG PENYERTAAN

BORANG INI HENDAKLAH DISERTAKAN BERSAMA-SAMA DENGAN HASIL CIPTAAN. JANGAN lekatkan borang ini pada hasil rekabentuk anda.

NAMA


NO MYKAD /SURAT LAHIR


No Telefon


ALAMAT RUMAH

(Hanya Tulis No Unit Kediaman)


PENGAKUAN

Saya mengaku dan mengesahkan bahawa logo yang saya hantar ini adalah hasil ciptaan saya sendiri dan saya bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang berbangkit daripadanya.

Saya berjanji tidak akan membuat sebarang tuntutan kepada Jawatankuasa Induk Vista atau mana-mana pihak yang mewakilinya terhadap sebarang perkara berbangkit berkaitan dengan peraduan ini.

Yang Benar

( )

Mykad

NOTA PANDUAN

1. Hasilkan satu rekabentuk logo VistaMSN dan dimensi ciptaan adalah tidak lebih daripada 7 inci X 7 inci.

2. Hasil rekaan boleh menggunakan warna pensil, cat minyak atau cat air. Bagi tujuan mengalakkan kreativiti seni, hasil daripada dan berasaskan penggunaan grafik komputer seperti photoshop dan sebagainya TIDAK akan diterima.

3. Setiap ciptaan HENDAKLAH disertakan dengan penerangan dan maksud logo itu. Kepilkan penerangan tersebut bersama Borang Penyertaan.

4. TARIKH TUTUP. Semua ciptaan hendaklah dihantar kepada penganjur di Alamat B-6-2 , VistaMSN pada atau sebelum jam 6.00 petang 22 Mac 2010.

5. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Zahari di B-6-2(019-3204144) atau email zaharibb@gmail.com

Perlawanan Badminton Persahabatan

Satu perlawanan persahabatan permainan badminton telah berlangsung di Dewan komuniti Seri Petaling pada 7 Fenruari yang lalu. Pertandingan ini adalah dengan pelajar Tahfiz Mesjid Seri Petaling. Antara perlawanan yang menarik perhatian ialah beberapa siri permainan antara Penghulu Vista Th. Hj Othman dan Imam Mesjid Seri Petaling, Ustaz Khairi.
Rilek betul pengadil
Pemain di sebelah kanan tu adalah pemain pinjaman.
Cita-cita nak main di Olimpik. Tak boleh pergi Olimpik, pergi Grand Olympic pun jadilah.
Baru tahu langit tinggi rendah. Dua pemain yang bertarung bermati-matian dan akhirnya terjelepuk di lantai.

Perlawanan persahabatan ini adalah satu cara untuk menjalinkan tali silatulrahim antara kedua-dua pihak yang bukan sahaja dari aspek ibadah tetapi juga riadhah. Adalah diharapkan di masa hadapan lebih ramai penghuni akan turut serta untuk bermain.

SEMINAR PERUBATAN ISLAM (update)

 Maklmumat ini diterima dari Facebook. Saya salin untuk maklumat para penghuni Vista jika berminat. 
SEMINAR PERUBATAN ISLAM, MENGHINDARI MAKHLUK HALUS SAKA DAN KETURUNAN.


Seminar perubatan Islam (SEPI) adalah satu program Ilmu rawatan Islam yang mengandungi  pelbagai hikmah perubatan yang berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

Pogram ini sesuai untuk semua golongan termasuk profesional para pelajar IPT & Institusi  kekeluargaan.

Peserta akan didedahkan dengan kaedah  rawatan yang betul mengikut syariat Islam di samping mendedahkan mereka daripada terjebak dengan unsur-unsur dalam perubatan.

Peserta juga berpeluang mengikuti latihan  rawatan menurut kaedah Islam.
Mengapa Anda Perlu Menyertai Program Ini

#Untuk mengetahui apa yang dikatakan MAKHLUK HALUS (JIN)
#Untuk mengetahui kaedah rawatan bagi setiap penyakit MisterI
#Penceramah Seminar berpengalaman dalam Ilmu rawatan dan perubatan Islam
#Peserta akan mendapat ijazah daripada Penceramah

TOPIK
1 - Berkenalan dengan ALAM JIN & SIHIR
2 - Rumah tangga hancur angkara JIN
3- Sejarah STROKE / LUMPUH, GILA akibat gangguan makhluk halus
4- Asas rawatan, perisai benteng diri dan keluarga
5- Ijazah Ayat Ayat amalan

SEMINAR DIKENDALIKAN OLEH :
AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE
(Pengamal Perubatan Islam & AJK Histeria Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia)

HUBUNGI :
019  244 5043  EN. NAIM
013 332 0518  EN. HADY
--------------------

UPDATE 


SEMINAR DIKENDALIKAN OLEH :
AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE
(Pengamal Perubatan Islam & AJK Histeria Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia)

Detail program adalah seperti berikut :
Tarikh: 06 March 2010 (Sabtu)
Masa: 9.00 am - 5.00 pm
Lokasi: Masjid Saidina Omar Al Khattab Mosque Jalan Setia Budi, Bukit Damansara

Yuran: RM140.00 + Buku Rawatan Makhluk halus,
Yuran berkumpulan (5 orang): RM600.00
Yuran untuk Pelajar : RM110

Feb 6, 2010

Aktiviti Pengajian Surau Al Mutaqqim

Jawatankuasa Surau Al Mutaqqim, VistaMSN menghidupakan kembali aktiviti tahun ini dengan menganjurkan kelas-kelas pengajian pada setiap hari Jumaat selepas waktu Maghrib. Kelas pengajian ini adalah PERCUMA dan dikendalikan secara bergilir oleh penceramah yang diundang khususnya dari Mesjid Seri Petaling. Kelas pengajian meluputi Tafsir Al Quran, Tauhid dan Sirah yang dibimbing oleh penceramah berasingan.

Pengerusi surau, Tuan Haji Othman Hussin memberitahu bahawa tujuan diadakan kelas-kelas ini ialah untuk mengimarahkan kembali surau disamping menjadikannya satu kesempatan kepada penghuni vista mengeratkan lagi tali silatulrahim sesama mereka selepas sibuk dengan tugas masing-masing di pejabat. Beliau harap penghuni vista akan mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi pengetahuan agama untuk kesejahteraan hidup diri masing-masing dan masyarakat amnya.

Tn. Hj Othman juga rasa sedikit terkilan kerana kelas itu kurang mendapat sambutan dari penghuni dan berharap sikap penghuni terhadap aktiviti berunsur keagamaan akan berubah dan datang bersama-sama memeriahkan rumah Allah ini bagi mendapat keberkatan dan syufaat dariNya.

Pada 4hb Februari yang lalu juga buat kali pertama tahun ini diadakan aktiviti membaca Yasin beramai-ramai di Vista. Penghuni juga digalakkan untuk datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis di samping boleh menjadikannya sebagai pendinding kerohanian lebih-lebih lagi setelah bekerjasama dengan Pengurusan Majlis Sukan Negara melaksanakan Program Pagar Kerohanian sedikit masa lalu.