SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Feb 26, 2010

12 Rabi-ul Awal 1431 Bersamaan 26 Feb 2010 = Maulid Ur Rasul

Hari ini adalah cuti umum sempena hari keputeraan junjungan besar kita Muhammad S.A.W.

Malam tadi bertempat di Dewan Komanwel diadakan majlis Sambutan Maulidur rasul peringkat atlet. Program tersebut dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam Majlis Sukan Negara (UHEI) dengan sembahyang Maghrib berjemaah diikuti dengan salawat ke atas nabi. Satu ceramah bertajuk Keajaiban Rasulullah juga telah disampaikan oleh Dr Azhar Hj. Sarip yang telah mengupas tentang lifestyle Rasulullah dan bagaimana kita umat Islam boleh menirunya untuk kejayaan hidup kita di dunia ini.

Dr Azhar telah membuka minda hadirin untuk merenung mengapa Allah memilih Muhammad sebagai rasul akhir zaman dan di kalangan orang yang susah dan buta huruf. Beliau kemudian mengaitkan perjalanan hidup nabi yang bermula sebagai gembala kambing, kemudian seorang peniaga dan seterusnya menjadi pemimpin. Umat Islam harus mengambil iktibar mengapa Allah menjadikan Muhammad itu sebagai pengembala kambing dan tidak pengembala unta atau lembu dan mengapa Allah memilih pekerjaan itu kepada kekasihNya. Sebenarnya ceramah yang walaupun isinya ringan tetapi mempunyai maksud tersirat yang amat dalam yang harus direnungi dan praktikkan oleh para atlet khususnya dan keseluruhan umat Islam amnya.

Selepas selesai ceramah dilanjutkan dengan sembahyang Isya' berjemaah dan diikuti dengan sembahyang hajat yang diimamkan oleh Ustaz Imran Nasuha.

No comments: