SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Dec 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Kita sudah masuk ke tahun baru 1432 Hijrah. 
Apakah azam kita?
Biro Pendidikan mengucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Walimatul Urus Di Vista MSN

Baharu sahaja balik dari menghadiri satu mesyuarat mengatur satu Majlis Walimatul Urus yang akan diadakan pada 11 Disember 2010 dan bertempat di perkarangan Vista MSN.
Majlis seperti ini adalah merupakan antara pelengkap kepada modul sebuah perkampungan yang terletak di tengah-tengah kota metropolitan ini. Mengapa saya katakan ia satu pelengkap ialah kerana majlis yang dirancang itu akan dilaksanakan secara bergotong royong yang akan diuruskan oleh para penghuni vista. Jika diperhatikan di era sekarang kenduri kendara sudah berubah daripada maufakat antara penduduk di sesebuah komuniti kepada aktiviti yang hanya melibatkan tuan rumah dan jiran terdekat sahaja. Semakin kurang penglibatan seluruh penduduk komuniti itu untuk turun beramai-ramai bekerjasama dan bergotong royong bagi meringankan beban tuan rumah.
Amalan kenduri-kendara yang dilakukan secara pakatan merupakan sesuatu yang semakin menuju kepupusan, khususnya bagi masyarakat kota. Semakin ramai yang mula menganjurkannya di hotel-hotel tanpa melibatkan tenaga dan kudrat masyarakat. Jiran hanya hadir untuk memenuhi undang tuan rumah. Persediaan menggunakan khidmat penyedia peralatan dan makan-minum melalui katering. Walaupun dari segi pengurusan ia merupakan sesuatu yang mudah tetapi apa yang hilang ialah tali silatulrahim sesama masyarakat setempat.
Inilah satu keistemewaan bagi penghuni di Vista MSN yang boleh dikatakan setiap majlis besar yang dilaksanakan dilakukan secara sepakat dan bergotong royong. Telah menjadi amalan penghuni, apabila hendak melaksana apa-apa majlis yang melibatkan penghuni dan warga MSN, makan-minum disediakan sendiri secara gotong royong.
Majlis Walimatul Urus kali ini adalah merupakan kali kedua dianjurkan tetapi yang pertama melibatkan anak penghuni sendiri. Ia merupakan majlis kenduri kahwin anak kepada Tn. Hj. Othman bin Hussin, yang juga Penghulu Vista.
Jawatankuasa pengelola sudah bermesyuarat sebanyak tiga kali dan mesnyarat malam ini ialah sebagai menyemak persediaan dan nampaknya semuanya berjalan dengan lancar. Semoga perjalanan majlis akan lancar dan ini akan menjadi satu lagi benchmark kepada Tali Silatulrahim para penghuni di Vista MSN yang terdiri dari staf Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara.

jemputan ke

Majlis Walimatul Urus

Hj othman
11 Disember 2010
mulai jam 11.00 (untuk petugas dan penghuni)
Perkarangan Vista MSN
Marilah bersama-sama memeriahkan majlis jiran kita.