SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Nov 30, 2010

Ibadah Qurban 2010

Setiap tahun ibadah Qurban di Vista MSN adalah acara tahunan. Majlis ini adalah untuk meraikan Hari Raya aidil Adha disamping beribadah kepada Allah SWT untuk mengsyukuri kebesaran dan rezeki yang diberikanNya kepada hamba-hambanya.

Di Vista MSN penduduk telah mengadakan majlis tersebut pada 20 November 2010 bertempat di perkarangan Vista dengan mengorbankan tiga ekor lembu. Ibadah Qurban ini dilaksanakan oleh penghuni yang juga kakitangan Majlis Sukan Negara.

Apa yang menarik tentang aktiviti tahunan ini ialah semangat kerjasama dan muhibbah yang ditunjukkan oleh penghuni sejak dari persiapan lagi. Penduduk telah bergotong royong membuat persediaan seminggu sebelum hari Raya Aidil Adha lagi dengan menyediakan lubang-lubang untuk menyembelih Qurban dan juga untuk membuang tulang serta sisa-sisa Qurban. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Itulah falsafah yang telah menjadi pegangan kepada seluruh penghuni sejak mendiami perumahan yang disediakan oleh pihak Pengurusan Majlis Sukan Negara pada tahun 2002.  KorekNi ha….. Yang cekak pinggang tu mandor ke? Eh, mana yang lain? Depa segan….Malu-malu kucing…………..Takut nanti tak photogenic………….

Pada pagi 20 November penghuni turun beramai-ramai untuk memeriahkan majlis. Yang ditugaskan sebagai kepala lembu……Oopsssss, maksudnya Ketua kumpulan untuk melapah bersedia dengan ahli-ahlinya. Petugas di dapur sibuk pula menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Kanak-kanak begitu excited nak tunggu lembu ditumbangkan dan disembelih. Yang dok berkumpul dan bersembang pun ada juga la.IMG_6173 Biasalah. Gotong royong katakan. IMG_6159 Tapi suasananya dapat diujudkan. Jalinan tali Silatulrahim dapat dieratkan.  Memang meriah suasana sekitar perkarangan Vista MSN pada pagi itu. Dengan iringan laungan takbir memuji kebesaran Allah, seekor demi seekor  lembu diQurban dan dalam masa tidak sampai dua jam ketiga-tiga lembu selesai dilapah dan siang.

IMG_6136IMG_6141IMG_6167

Bab cuci perut ni bagilah kat Tn Hj. zainal ni. Tu yang duduk tu Chef yang menyediakan Sup Tulang Singapore untuk jamuan di majlis itu. Tengok tu, Tengan dok jampai apa tu…………………  

IMG_6166

Daging yang siap dilapah diagih-agihkan untuk sedekah. Sebahagian pula untuk dimasak. Ha….tulang untuk buat sup. Kesian orang yang bertungkus lumus pada pagi itu.

IMG_6178 IMG_6176

 

 

 

 

 

Kerja-kerja juga, perut pun kena isi. Kalau tak kurang tenaga beb…………Terpaksa makan tulang saja………….. Apa boleh buat.

IMG_6179

IMG_6180

IMG_6181 IMG_6184

 

 

 

 

 

IMG_6185

IMG_6189

Disamping daging Qurban diagih-agihkan kepada penghuni, sebahagian juga telah disedekahkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Darul Taqwa di Sungai Besi dan satu lagi ialah Rumah Kebajikan Baitul Hidayah di Puchong.  

Sedekah

IMG_6193

 

 

 

 

 

IMG_6203

Semoga Ibadah Qurban yang dilaksanakan oleh peserta pada tahun ini diterima Allah dan diberikan ganjaran di dunia dan juga di akhirat. Amin!!

No comments: