SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Oct 13, 2010

Aktiviti Hujung 2010

Pada 12 Oktober 2010 satu mesyuarat Jawatankuasa Vista telah diadakan di Bilik Mesyuarat di Blok B. Mesyuarat tersebut ialah untuk menyemak kembali akviti dan permasalahan yang berlaku.

Vandalisme

Perkara yang masih menarik perhatian Jawatankuasa ialah vandalisme yang tidak dapat dibendung khususnya di kalangan kanak-kanak. Ianya terus berlaku walaupun nasihat-nasihat dan teguran telah dibuat dari semasa ke semasa. Vandalisme ini amat ketara di Blok A khususnya di dalam lif terhadap notis-notis yang diletakkan untuk makluman penghuni. Adalah didapati notis-notis yang ditampal kadang-kadang hanya dapat bertahan sehari sahaja dan ia sama ada dikoyak atau diconteng. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan para penghuni di Vista ini terdiri di kalangan mereka yang berpelajaran. Penghulu berharap masalah vandalisme akan dapat dibendung dan mengharapkan kerjasana dari semua dalam hal ini.

Keselamatan

Masalah ini masih berlaku dan baru-baru ini terdapat satu kes di mana motorsikal salah seorang penghuni telah hilang dari tempat simpanannya. Tindakan yang cepat semua pihak telah dapat mengesan dan menangkap pesalah lakunya.

Majlis juga membincangkan berkaitan keselamatan keluar masuk di mana aliran keluar masuk kenderaan berlaku dengan bebas dan perlulah diambil tindakan agar pihak kawalan Vista lebih mengambil berat dan memeriksa kenderaan yang keluar masuk.

Di samping itu juga masih terdapat penghuni yang mempunyai lebih dari sebuah kenderaan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya dan ia menghalang kenderaan lain. Semoga mereka akan lebih bertanggungjawab dan memikirkan juga masalah penguna lain.

Surau Al Mutaqqin

Surau Al Mutaqqin telah pun didaftarkan dengan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dan ia diletakkan di bawah tadbir Mesjid Al Muqarabbin, Bandar Tasik Selatan. Sehubungan dengan itu satu akaun surau telah dibuka dengan Bank Islam agar semua kutipan wang untuk aktiviti surau tidak bercampur aduk dengan akuan vista disebabkan ada penghuni yang bukan beragama Islam tinggal bersama.

Biro Kebajikan

Mesyuarat dimaklumkan bahawa semua penghuni telah diInsurankan dengan Khairat Kematian dan bayarannya telah dibuat secara potongan gaji sekali setahun. Bagi tahun ini Insurans tersebut berkuatkuasa dari 1 Februari 2010 dan akan tamat pada 31 Januari 2011. Penghuni yang baru masuk akan didaftarkan mulai sesi 2011 kerana hanya ada beberapa bulan sahaja untuk sesi ini.   

Makluman

Penghulu, Tuan Haji Othman Hussin merancang menganjurkan satu Majlis Walimatul Urus pada 11 Disember 2010 dan mengharapkan kerjasana dari semua komuniti Vista untuk turut serta menjayakan majlis tersebut selaku tuan rumah. Sehubungan dengan itu satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan aktiviti tersebut.

No comments: