SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Oct 13, 2010

Aidil Fitri @ Vista MSN

Majlis tersebut diadakan di perkarangan Vista sempena meraikan para penghuni menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini. Ia diadakan pada 2hb Oktober 2010 selepas Isya dan diserikan dengan beberapa persembahan dari anak-anak penghuni.

Majlis diadakan secara sederhana sahaja tahun ini tetapi kemeriahannya tetap terasa. Jawatankuasa Vista bercadang untuk mengadakan majlis seperti ini secara besaran pula pada tahun hadapan.
Menu wajib setiap kali diadakan majlis di Vista ialah barbeque. Taukeh BBQ ni siapa lagi, Rozaini lah. Gambar dari Blackberry Tak tahu siapa punya). TQ la share gambaq dengan saya. 

No comments: