SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Oct 7, 2009

Kebakaran Kecil Di Blok B


Satu kebakaran kecil telah berlaku di ruang tangga kecemasan tingkat 4 Blok B malam tadi. Walaupun ia satu kebakaran kecil tetapi semua penghuni patut mengambil iktibar bahawa tidak mustahil kebakaran yang lebih besar boleh berlaku.

Kerjasama penghuni yang terawal tiba di tempat kejadian telah berjaya mengawal api dari menjadi lebih besar. Apa yang saya nampak En Hafiz Abdullah telah bertungkus lumus memadamkan sisa kebakaran dengan dibantu oleh En. Baharin, En Jefri Ngaridin, En Sayuti. Di peringkat awal juga nampak firefighter wanita, Pn Wan Faezah turut mengangkut baldi air untuk memadamkan api. Kepada penghuni lain yang bersama-sama memadamkan kebakaran itu saya minta maaf jika tidak menyebut nama di sini kerana tidak ingat. Hanya Allah yang dapat membalas usaha anda semua.

Kebakaran yang berlaku itu menimbulkan tanda tanya adakah ia berpunca dari kanak-kanak bermain api. Ini kerana kawasan tersebut bertentangan dengan ruang saluran elektrik dan telefon. Terdapat loggokan surat khabar di kawasan tersebut dan lain-lain bahan yang mudah terbakar.

Susulan dari peristiwa itu adalah diharapkan semua penghuni mengambil langkah untuk tidak menjadikan kawasan tangga kecemasan sebagai stor menyimpan bahan-bahan yang mudah terbakar dan lebih teruk lagi menghalang laluan kecemasan tersebut. Timbunan akhbar yang terbakar itu juga telah menghalang pintu hos bomba yang turut terbakar dan musnah.

Adalah diharapkan peristiwa ini juga akan membuka mata penghuni semua tentang langkah-langkah keselamatan di kedua-dua Blok A dan B.

No comments: