SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Sep 15, 2009

Majlis Perpisahan Imam Tahfiz Sembahyang Sunat Tarawikh

Sepanjang bulan Ramadhan sejak malam pertama lagi Surau Al Mutaqqin telah mengadakan sembahyang sunat Tarawikh yang diimamkan oleh tiga orang pelajar Tahfiz dari Mesjid Seri Petaling. Aktiviti bulan Ramadhan ini telah diadakan setiap tahun sejak Vista mula didiami pada tahun 2003 dan sejak itu pelajar Tahfiz telah dijemput untuk mengimamkan sembahyang sunat Tarawikh.
Memandangkan sekolah Tahfiz akan mula bercuti untuk menyambut Aidil Fitri, maka Imam-imam tersebut akan berangkat balik ke kampung masing-masing untuk beraya bersama keluarga mereka. Pada malam 25hb Ramadhan, satu majlis ringkas telah diadakan untuk menghargai sumbangan mereka mengimamkan jemaah yang terdiri dari penghuni Vista. Tuan Haji Osman, Penghulu Vista telah menyampaikan cenderamata kepada mereka pada majlis tersebut sebaik sahaja selepas solat Tarawikh dan Tahlil.

Bagi malam-malam seterusnya solat Tarawikh akan diteruskan dan diimamkan pula oleh Imam Vista, En. Isa Abdul Kadir.
Gambar atas: Tukang bancuh air yang dibawa khas dari MSN. Mengikut En. Abdul Rashid Yaakub, tukang ini dibawa khas dari pejabat Datuk KP.

Imam-Iman Tahfiz Dari Kiri: Mohd Quyyum (Negara Brunei DS), Ismail(Negara Brunei DS) dan Taufik (KL)

No comments: