SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

PENGUMUMAN

KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!

MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.


blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn

Laman Baru

Sep 14, 2009

Kacau Mengacau, Dodol Mendodol

Ni nak cerita sikit tentang aktiviti mengacau dodol yang dilakukan oleh penghuni pada malam 23 Ramadhan yang lalu. Aktiviti ini yang dirancang secara tidak langsung telah dilaksanakan dengan jayanya dan membuka jalan untuk boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan. Sebelum ini aktiviti yang melibatkan penghuni vista secara gotong royong termasuklah membersihkan kawasan, sambutan Majlis RumahTerbuka Aidil Fitri dan Ibadah Korban. Mungkin selepas ini Aktiviti Mengacau Dodol boleh dimasukkan sebagai satu lagi aktiviti ke arah mengeratkan lagi tali silatulrahim sesama penduduk.

Bertolak dari cadangan secara tidak sengaja, satu perbincangan telah diadakan di surau Al Mutaqqin,Vista MSN untuk menetapkan tarikh dan program mengacau dodol. Tonggak utama dalam aktiviti ini ialah En. Sahar (Gambar) yang boleh ditabalkan sebagai Chef untuk VistaMSN. Semua aktiviti yang melibatkan masak-memasak selama ini di Vista, dikepalai oleh beliau. Beberapa jamuan besar-besaran telah dilaksana dengan jayanya termasuklah satu majlis kenduri kahwin yang buat pertama kali diadakan di Vista tahun 2008 yang lalu.

Majlis bermula sebaik sahaja selesai ibadah sembahyang tarawikh. Sebanyak dua kawah telah dirancang untuk dimasak dan satu keistimewaan aktiviti pada malam tersebut ialah tidak ada sebarang perlantikan Jawatankuasa tetapi telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari seluruh penduduk Vista termasuk juga dari kaum ibu dan kanak-kanak.

Ramuan mula disediakan oleh pembancuh-pembancuh dan kalau ada sesiapa terjumpa bulu roma dalam dodol, boleh agaklah siapa punya. Hahaha.....gurau je...Raya nanti minta maaf.....
Ni barisan kaum ibu yang turut hadir memberikan sokongan moral. Masa awal la.
Jam 10.14 minit malam: Adunan dituangkan ke dalam kawah pertama. Maka bermulalah satu lagi episod yang mencatat sejarah untuk penghuni Vista MSN.
Adunan pertama dimasukkan ke dalam kawah pada jam 10.10 minit malam. Dah kali pertama buat aktiviti ini, memang semuanya macam excited je... Bersemangat sungguh untuk mengacau. Apa lagi adunannya masih lagi cair, tentu tidak begitu berat untuk mengacau. Pada peringkat awal kaum ibu juga tidak ketinggalan untuk mengacau.
Kemudian disokong pula oleh anak-anak yang sedang meningkat usia. Aktiviti mengacau dodol sebegini dapat meneruskan tradisi menyediakan juadah tradisi. Sekurang-kurangnya dapat menjadi satu pengalaman dan pengetahuan kepada mereka yang akan mewarisi generasi sekarang.

Ko ajar budak-budak tu ilmu kacau, Ros......
Ni yang korang duduk relaks je.......Belajar macam mana nak kacau. Ilmu ni tak diajar di sekolah. Kat universiti pun tak ada ilmu kacau ni......
Pemerhati bebas. Ni dikatakan berpeluk tubuh.
Tengoklah betapa bersungguh-sungguhnya pengacau- pengacau dalam gambar-gambar berikut. Masa ni masih cair bolehlah senyum lagi. Nanti bila dah hampir nak masak baru tahu langit tinggi rendah. Berpeluh ko.... Tengoklah Hafiz yang berbaju merah kat bawah tu...Sampai ternganga, Ambik ko.....

Aaa....kalau ada pengacau, tukang kipas pun kena ada juga kan?
Penghulu Vista, Tn Hj. Osman juga tidak melepaskan peluang untuk kacau.
Kayuh Tomok. Saad jangan latahpula. Nanti termasuk dalam dodol tu ha.....
Gula Melaka dimasukkan. Ni yang berfungsi sebagai pewarna kepada dodol.
Jam 12.12 minit pagi. Adunan sudah berubah warna. Tak lama dah nak masak ni. Lebih kurang tiga jam saja lagi. Terus kayuh bang.
Gula pasir dimasukkan. Jaga-jaga jangan terlalu manis, Nanti kena kencing manis pula.
Sampai ternganga dibuatnya. Ambik ko pit......Mat Shari relaks je. Coach basikal katakan.

Aziz Kota antara orang yang berpengalaman mengacau dodol. Tengok tu dia bukan buat lawak. Tapi test sama ada dodol dah masak atau tidak secara' saintifik'. Katanya kalau nak tahu dodol sudah masak atau belum, bila tarik macam ni, dia tak putus. Chef Saha pula menggunakan daun pisang. Jika tidak melekat pada daun pisang bermakna sudah masak. Ha... Mat Shari, ko kena belajar juga. Tu ilmu kacau tu. Jangan asyik ambik tahu bab basikal je....
3.54 minit pagi: Ya.....dahmasak. Boleh dimasukkan ke dalam bekas untuk disejukkan dan diagih. Akhirnya...... Dari jam 10.10 malam hinggi 3.54 pagi. Yo...dua hari juga tu masak dodol. Aku rasa semua yang masih bertahan hingga saat ini rasa cukup puas hati dengan usaha masing-masing. Majoriti pengalaman pertama mengacau dodol. Lepas ni kalau korang pergi beli dodol, jangan komplen harga mahal. Dah ada pengalaman macam mana susahnya nak masak juadah tradisi ini.
Ni caranya nak lurutkan dodol yang liat tu. Guna pelebah pisang. Ni pun sports science juga kot. Sports science orang tua-tua kita dulu. Nasib baik ada orang yang berpengalaman dengan dodol mendodol. Kalau tak jenuh nak kikis dodol dari pengayuh ni.
Ni bukan peraih atau penjual dodol di Pekan Rabu tapi salah seorang orang kuat kacau; maksud saya kacau dodol. Tengok saja badan dia. Orang angkat besi punya ni, jangan main-main. Masa kat Kedah dulu orang yang macam ni dikatakan angkat tayar keretapi.
4.32 pagi: Tugas mengagih dodol dan diisi ke dalam bekas juga dilakukan tanpa disuruh-suruh. Mereka yang masih bertahan hingga kini begitu ringan tulang untuk sama-sama mengisi dodol le dalam bekas. Berebut nak isi macam tak pernah tengok dodol. Sorryla.....gurau je. Tahun depan insyaalah kita isi lagi. Kepada mereka yang sudah balik dan tidur waktu ini, maaflah, hilang satu kesempatan untuk mengisi dodol. Hahaha........
Bila selesai masak, peralatan perlu dibasuh kemudian disimpan. Ni dah jam 4.33 pagi. Dah boleh bersahur dah nie. Tapi kalau tak tidur takkan nak kata bangun sahur. Ni late supper macam ni. Ko sental sajalah Sayuti kawah tu. Tapi ingat, macam manapun kawah tu tak akan jadi putih.
Setiap unit rumah di Vista mendapat habuan masing-masing. Apa yang istimewa ialah juadah ini dimasak sendiri oleh penghuni. Bukan Pekan Rabu punya tau. Nah inilah habuan untuk aku......
Insyaalah tahun hadapan kita pakat kacau lagi.

1 comment:

Hisyam said...

haha...nasib baik satu satu mangkuk dodl...bleh tahan jugak aku masak...heh