SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK
Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
PENGUMUMAN
Laman Baru
Dec 7, 2010
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
Walimatul Urus Di Vista MSN
jemputan ke
Majlis Walimatul Urus
Nov 30, 2010
Ibadah Qurban 2010
Setiap tahun ibadah Qurban di Vista MSN adalah acara tahunan. Majlis ini adalah untuk meraikan Hari Raya aidil Adha disamping beribadah kepada Allah SWT untuk mengsyukuri kebesaran dan rezeki yang diberikanNya kepada hamba-hambanya.
Di Vista MSN penduduk telah mengadakan majlis tersebut pada 20 November 2010 bertempat di perkarangan Vista dengan mengorbankan tiga ekor lembu. Ibadah Qurban ini dilaksanakan oleh penghuni yang juga kakitangan Majlis Sukan Negara.
Apa yang menarik tentang aktiviti tahunan ini ialah semangat kerjasama dan muhibbah yang ditunjukkan oleh penghuni sejak dari persiapan lagi. Penduduk telah bergotong royong membuat persediaan seminggu sebelum hari Raya Aidil Adha lagi dengan menyediakan lubang-lubang untuk menyembelih Qurban dan juga untuk membuang tulang serta sisa-sisa Qurban. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Itulah falsafah yang telah menjadi pegangan kepada seluruh penghuni sejak mendiami perumahan yang disediakan oleh pihak Pengurusan Majlis Sukan Negara pada tahun 2002. Ni ha….. Yang cekak pinggang tu mandor ke? Eh, mana yang lain? Depa segan….Malu-malu kucing…………..Takut nanti tak photogenic………….
Pada pagi 20 November penghuni turun beramai-ramai untuk memeriahkan majlis. Yang ditugaskan sebagai kepala lembu……Oopsssss, maksudnya Ketua kumpulan untuk melapah bersedia dengan ahli-ahlinya. Petugas di dapur sibuk pula menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Kanak-kanak begitu excited nak tunggu lembu ditumbangkan dan disembelih. Yang dok berkumpul dan bersembang pun ada juga la. Biasalah. Gotong royong katakan. Tapi suasananya dapat diujudkan. Jalinan tali Silatulrahim dapat dieratkan. Memang meriah suasana sekitar perkarangan Vista MSN pada pagi itu. Dengan iringan laungan takbir memuji kebesaran Allah, seekor demi seekor lembu diQurban dan dalam masa tidak sampai dua jam ketiga-tiga lembu selesai dilapah dan siang.
Bab cuci perut ni bagilah kat Tn Hj. zainal ni. Tu yang duduk tu Chef yang menyediakan Sup Tulang Singapore untuk jamuan di majlis itu. Tengok tu, Tengan dok jampai apa tu…………………
Daging yang siap dilapah diagih-agihkan untuk sedekah. Sebahagian pula untuk dimasak. Ha….tulang untuk buat sup. Kesian orang yang bertungkus lumus pada pagi itu.
Kerja-kerja juga, perut pun kena isi. Kalau tak kurang tenaga beb…………Terpaksa makan tulang saja………….. Apa boleh buat.
Disamping daging Qurban diagih-agihkan kepada penghuni, sebahagian juga telah disedekahkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Darul Taqwa di Sungai Besi dan satu lagi ialah Rumah Kebajikan Baitul Hidayah di Puchong.
Semoga Ibadah Qurban yang dilaksanakan oleh peserta pada tahun ini diterima Allah dan diberikan ganjaran di dunia dan juga di akhirat. Amin!!
Oct 26, 2010
MAJLIS QURBAN VISTA MSN 2010
Seperti tahun-tahun lalu, ibadah Qurban sempena menyambut Aidil Adha akan diadakan di Vista pada tahun ini.
Jawatankuasa Surau Al Mutaqqin akan menganjurnya seperti berikut;
Sabtu 20 Nov 2010 bersamaan 13 Zulhijjah 1431 Masehi.
Tempat PERKARANGAN VISTA
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Sehubungan dengan itu warga Vista yang berhajat untuk turut serta bolehlah mengemukakan permohonan kepada Jawatankuasa sebelum atau pada 10 November 2010.
Adalah ditetapkan satu bahagian Qurban kali ini ialah RM 380.00
Borang permohonan boleh didapati daripada
PENGERUSI SURAU
KETUA BLOK A dan B
SETIAUSAHA SURAU
Oct 13, 2010
Aktiviti Hujung 2010
Pada 12 Oktober 2010 satu mesyuarat Jawatankuasa Vista telah diadakan di Bilik Mesyuarat di Blok B. Mesyuarat tersebut ialah untuk menyemak kembali akviti dan permasalahan yang berlaku.
Vandalisme
Perkara yang masih menarik perhatian Jawatankuasa ialah vandalisme yang tidak dapat dibendung khususnya di kalangan kanak-kanak. Ianya terus berlaku walaupun nasihat-nasihat dan teguran telah dibuat dari semasa ke semasa. Vandalisme ini amat ketara di Blok A khususnya di dalam lif terhadap notis-notis yang diletakkan untuk makluman penghuni. Adalah didapati notis-notis yang ditampal kadang-kadang hanya dapat bertahan sehari sahaja dan ia sama ada dikoyak atau diconteng. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan para penghuni di Vista ini terdiri di kalangan mereka yang berpelajaran. Penghulu berharap masalah vandalisme akan dapat dibendung dan mengharapkan kerjasana dari semua dalam hal ini.
Keselamatan
Masalah ini masih berlaku dan baru-baru ini terdapat satu kes di mana motorsikal salah seorang penghuni telah hilang dari tempat simpanannya. Tindakan yang cepat semua pihak telah dapat mengesan dan menangkap pesalah lakunya.
Majlis juga membincangkan berkaitan keselamatan keluar masuk di mana aliran keluar masuk kenderaan berlaku dengan bebas dan perlulah diambil tindakan agar pihak kawalan Vista lebih mengambil berat dan memeriksa kenderaan yang keluar masuk.
Di samping itu juga masih terdapat penghuni yang mempunyai lebih dari sebuah kenderaan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya dan ia menghalang kenderaan lain. Semoga mereka akan lebih bertanggungjawab dan memikirkan juga masalah penguna lain.
Surau Al Mutaqqin
Surau Al Mutaqqin telah pun didaftarkan dengan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dan ia diletakkan di bawah tadbir Mesjid Al Muqarabbin, Bandar Tasik Selatan. Sehubungan dengan itu satu akaun surau telah dibuka dengan Bank Islam agar semua kutipan wang untuk aktiviti surau tidak bercampur aduk dengan akuan vista disebabkan ada penghuni yang bukan beragama Islam tinggal bersama.
Biro Kebajikan
Mesyuarat dimaklumkan bahawa semua penghuni telah diInsurankan dengan Khairat Kematian dan bayarannya telah dibuat secara potongan gaji sekali setahun. Bagi tahun ini Insurans tersebut berkuatkuasa dari 1 Februari 2010 dan akan tamat pada 31 Januari 2011. Penghuni yang baru masuk akan didaftarkan mulai sesi 2011 kerana hanya ada beberapa bulan sahaja untuk sesi ini.
Makluman
Penghulu, Tuan Haji Othman Hussin merancang menganjurkan satu Majlis Walimatul Urus pada 11 Disember 2010 dan mengharapkan kerjasana dari semua komuniti Vista untuk turut serta menjayakan majlis tersebut selaku tuan rumah. Sehubungan dengan itu satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan aktiviti tersebut.
Aidil Fitri @ Vista MSN
Sep 5, 2010
Majlis Berbuka Puasa Dan Qatam Quran
Jawatankuasa Surau telah menganjurkan majlis tersebut pada 4hb September 2010 bertempat di Surau Al Mutaqqin, Vista MSN. Objektif aktiviti tersebut ialah untuk mengeratkan lagi tali silatulrahim sesama warga Vista sempena hari baik bulan balik di Ramadhan tahun ini.
Aktiviti bermula dengan Majlis Iftar atau berbuka puasa yang turut serta ialah Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, En . Abdul Rashid bin Yaakub. Turut serta memeriahkan majlis ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Harta yang juga selaku Presiden Kelab MSN, Tn Hj Abdul Razak bin Yusof yang menyampaikan cenderahati kepada Imam-iman dan petugas semasa more.
Selepas itu seperti biasa diadakan pula solat Isya’ berjemaah dan disusuli dengan Sembahyang Tarawih dan Tahlil Arwah. Ketiga-tiga aktiviti tersebut telah menjadi amalan kepada warga Vista setiap malam sejak mulanya Ramadhan.
Sepanjang Ramadhan juga beberapa penghuni Vista telah bertadarus setiap malam dan malam ini merupakan detik yang paling manis bagi mereka kerana dapat Qatam Quran. Majlis Qatam Quran turut disertai oleh PBT, En. Abdul Rashid Yaakub dan juga Ustaz Muhammad Hasnol.
Pada malam ini juga diadakan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan merekacipta logo vista dan cenderamata kepada para Imam yang telah mengimamkan solat Maghrib, Isya, Suboh dan Tarawih sejak permulaan Ramadhan.
Keputusan Pertandingan Merekacipta Logo Vista
Pertandingan ini dianjurkan oleh Biro Pendidikan bagi tujuan mencari satu identiti atau lambang untuk mewakili Vista MSN. Pertandingan tersebut dibuka kepada seluruh warga Vista MSN dan Jawatankuasa telah menerima sebanyak 25 ciptaan. Antara objektif mengadakan pertandingan ini ialah untuk mengalakkan kreativiti seni di kalangan penghuni Vista dan anak-anak.
Selepas dibuat penilitian maka logo yang terbaik telah dihasilkan oleh adik Mohd Saiful Azry. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan di dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Jawatankuasa Surau Al Mutaqqin pada 4 September 2010.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan MSN, En. Abdul Rashid bin Yaakub yang turut serta menyerikan Majlis Berbuka Puasa Vista.
Pengarah Bahagian Pengurusan MSN, En. Abdul Rashid Yaakub bersama pemenang Hadiah Utama, adik Mohd Saiful Azry dengan logo yang akan menjadi logo resmi Vista MSN.
Aug 9, 2010
Ramadhan 1431 Hijrah Bersamaan 2010 Masehi
Tel: 609-6198591 Fax : 609-6198587
Hp: 012-9218701 , 012-9595722 , 013-39849596, 013-983957 , 013-9829597
Jul 17, 2010
Demo Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Gambar berikut dari lensa Cikgu harun Osman. Lagi Foto DI SINI.