Syukur Alhamdulillah kepada sesiapa yang masih berkesempatan untuk menemui Ramadhan sekali lagi pada tahun ini. Sudah pasti Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang beriman akan disambut dengan amat gembira kerana ia hanya datang setahun sekali.
Setiap Ramadhan surau kita, Surau Al Mutaqqin akan diisi dengan program-program untuk memeriahkan bulan yang mulia ini, penghulu segala bulan. Seperti tahun-tahun lepas, program utama yang diadakan ialah sembahyang Tarawikh di surau setiap kali selepas sembahyang Isya' berjemaah. Kemudian diikuti dengan Tahlil Arwah dan juga Tadarrus Al-Quran.
Seperti lazimnya, sembahyang Tarawikh kita akan dipimpin oleh Iman yang terdiri dari pelajar Tahfiz dan tahun ini juga kita akan dipimpin oleh Iman yang sama. Bezanya pada tahun ini Jawatankuasa Surau Al Mutaqqin membawa dua orang Imam yang berasal dari Marawi City, Mindanao, Filipina. Mereka berdua adalah merupakan pelajar Tahfiz dari Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Terengganu. Sedikit tentang fakta geografi Marawi City: Lokasinya adalah seperti pada peta yang dikepilkan bersama ini.
Kedua-dua pelajar tersebut ialah En. Jamal Al Habib dan En. Abd Ghafur Locman, telah melakukan ziarah pertama ke Surau kita malam tadi (9 Ogos 2010) dan bersama-sama menunaikan solah Mahgrib dan Isya' dengan penghuni.
Penghulu Vista MSN, Tuan Hj. Othman Hussin dan Ketua Blok B, En Aminuddin bin Hussin sedang beramah mesra dengan kedua-dua Imam tersebut dalam kunjungan pertama mereka untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya' di Surau kita.
Imam Tahfiz En. Jamal Al Habib
Imam Tahfiz Abd Ghafur bin Locman
The following is the English translation of the posting.
Allah Bless to those who are fortunate enough to be able to live through these years and see Ramadhan again this year. Ramadhan is a month whereby most Muslims who have strong belief and faith towards Allah has been earnestly waiting and therefore will celebrate this Holy month that comes once a year.
As during the past years, our surau, Surau Al-Mutaqqin will be filled with programs to enliven this Holy month, father of all months. The main activity to be carried nightly is the Tarawikh prayer immediately after Isya'. This will be followed by the Tahlil Arwah and recital of the Quran, Tadarrus Al-Quran. Last but not least, there will also be the 'more' whereby those who congregate for the prayers will sit together and be treated to light meals as a conclusion to the nights worshiping to Allah.
The Tarawikh prayer as usual will be led by Tahfiz Scholars. Unlike the previous years where Tahfz Scholars were from the Seri Petaling Tahfiz Madrasa, this year we are going to be led by Tahfiz Scholars from Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Serada, Terengganu. Both Imams were Philipinos from Marawi City, Mindanao and has been schooling at the Madrasatul Quran Kubang Bujuk.
Tonight both Imams, En. Jamal Al-Habib (29 years old) and En. Abd Ghafur Locman (19 years old) paid a maiden visit to our surau and perform the Maghrib and Isya' prayer with the residents.
Read HERE too.
Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Madrasatul Quran Kubang Bujuk, boleh hubungi alamat seperti berikut:
Kubang Bujuk, Serada 20050 Kuala Terengganu. Terengganu. Malaysia
Tel: 609-6198591 Fax : 609-6198587
Hp: 012-9218701 , 012-9595722 , 013-39849596, 013-983957 , 013-9829597
Tel: 609-6198591 Fax : 609-6198587
Hp: 012-9218701 , 012-9595722 , 013-39849596, 013-983957 , 013-9829597
Email : kubangbujuk@gmail.com
No comments:
Post a Comment