Majlis Ibadah Qorban Peringkat Majlis Sukan Negara akan diadakan bertempat di perkarangan Vista sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini. Maklumat untuk majlis tersebut adalah seperti di bawah.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
PENGUMUMAN
KELAS PENGAJIAN AGAMA DI VISTAMSN.
Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu untuk bekalan akhirat di Surau Al Mutaqqin pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. PERCUMA!!!
MAJLIS BACAAN YASIN
Aktiviti membawa Yasin beramai-ramai diadakan di Surau Al Mutaqqin pada setiap malam Jumaat. Datang beramai-ramai. Surah Yasin disediakan secara PERCUMA.
blog ini dikendalikan oleh biro pendidikan vistamsn
Laman Baru
Oct 9, 2009
Oct 7, 2009
Kebakaran Kecil Di Blok B
Satu kebakaran kecil telah berlaku di ruang tangga kecemasan tingkat 4 Blok B malam tadi. Walaupun ia satu kebakaran kecil tetapi semua penghuni patut mengambil iktibar bahawa tidak mustahil kebakaran yang lebih besar boleh berlaku.
Kerjasama penghuni yang terawal tiba di tempat kejadian telah berjaya mengawal api dari menjadi lebih besar. Apa yang saya nampak En Hafiz Abdullah telah bertungkus lumus memadamkan sisa kebakaran dengan dibantu oleh En. Baharin, En Jefri Ngaridin, En Sayuti. Di peringkat awal juga nampak firefighter wanita, Pn Wan Faezah turut mengangkut baldi air untuk memadamkan api. Kepada penghuni lain yang bersama-sama memadamkan kebakaran itu saya minta maaf jika tidak menyebut nama di sini kerana tidak ingat. Hanya Allah yang dapat membalas usaha anda semua.
Kebakaran yang berlaku itu menimbulkan tanda tanya adakah ia berpunca dari kanak-kanak bermain api. Ini kerana kawasan tersebut bertentangan dengan ruang saluran elektrik dan telefon. Terdapat loggokan surat khabar di kawasan tersebut dan lain-lain bahan yang mudah terbakar.
Susulan dari peristiwa itu adalah diharapkan semua penghuni mengambil langkah untuk tidak menjadikan kawasan tangga kecemasan sebagai stor menyimpan bahan-bahan yang mudah terbakar dan lebih teruk lagi menghalang laluan kecemasan tersebut. Timbunan akhbar yang terbakar itu juga telah menghalang pintu hos bomba yang turut terbakar dan musnah.
Adalah diharapkan peristiwa ini juga akan membuka mata penghuni semua tentang langkah-langkah keselamatan di kedua-dua Blok A dan B.
Oct 4, 2009
Persiapan Jamuan Aidil Fitri
Persediaan untuk Majlis Jamuan Aidil Fitri 2009 bermula pada sebalah pagi. Seperti biasa setiap majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Vista, makanan yang dihidangkan dimasak sendiri oleh penghuni secara bergotong royong. Ini merupakan satu amalan masyarakat yang sudah tersemai di kalangan penghuni. Hanya dimaklumkan sahaja tentang aktiviti yang akan diadakan dan secara sukarela penghuni akan turun dan bersama-sama menyiapkan bahan dan memasak tanpa perlu diberi tugas-tugas tertentu. Gambar berikut merupakan aktiviti sebelah pagi sewaktu persediaan bahan-bahan memasak.
Macam biasa kaum ibu akan melakukan kerja-kerja mengupas bawang, memotong cili, sayur dan sebagainya.
Penghulu Osman serius memerhati anak buah
Chef Saha dan Cik Mah menikmati Nasi Lemak.
Ni pun dikatakan tukang kacau juga. Alon bukan setakat pusing stering saja,memasak pun handal juga. Tapi goreng kacanglah yang lain entahlah.
Bab air mengayer serahkan kepada mereka ni.
Oct 1, 2009
Masa Gempabumi di Sumatera - LANGKAH KESELAMATAN
Kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di Sumatera Barat dapat dirasai sehingga negara kita. Bangunan VistaMSN juga tidak terkecuali menerima kesan gegaran tersebut. Ramai penghuni telah turun ke bawah sebagai langkah keselamatan. Namun demikian tindakan itu masih tidak bijak kerana berkumpul di perkarangan Vista. Sepatutnya semua penghuni berkumpul di tempat yang lebih selamat iaitu jauh daripada bangunan.
LANGKAH-LANGKAH PERLU DIAMBIL WAKTU KECEMASAN1. JANGAN PANIK
2.TUTUP SEMUA SUIS DAN PUNCA ELEKTRIK
3.TUTUP SEMUA API DAPUR (JIKA DAPAT CABUT PALAM GAS DARI TONG GAS
4.BERIKAN ARAHAN YANG JELAS KEPADA SEMUA AHLI YANG ADA DALAM RUMAH UNTUK
KELUAR.
5. JANGAN BEREBUT SEMASA BERLARI KELUAR
6. JANGAN GUNAKAN LIF SEBALIKNYA GUNAKAN TANGGA KECEMASAN
7. JANGAN BERKUMPUL DI BAWAH BANGUNAN ATAU KAWASAN SEKITARNYA
8. ADALAH LEBIH BAIK BERKUMPUL DI TEMPAT LETAK KERETA DI LUAR PINTU MASUK VISTA (PARKING )
9. SETELAH BERADA DI TEMPAT SELAMAT KIRA DAN KENALPASTI AHLI KELUARGA UNTUK PASTIKAN SEMUA ADA.
Jamuan Aidil Fitri
Jawatankuasa Vista akan menganjurkan majlis jamuan Aidil Fitri pada 4hb Oktober 2009. Majlis kali ini diadakan secara dalaman yang akan disertai oleh semua penghuni dan tetamu-tetamu jemputan sahaja.
Persiapan memasak untuk jamuan akan bermula pada sebelah pagi hari Ahad dan penghuni dijemput untuk turut bersama secara bergotong royong. Menu utama yang dirancang ialah Nasi Beriyani dan juga BBQ.
Labels:
aktiviti
Subscribe to:
Posts (Atom)